Monday, March 31, 2008

XanGo Diperakui Halal


Jus XanGo™ Diperakui Halal:


Perakuan ini diterima di seluruh dunia dan membolehkan para Muslimin dan Muslimat membeli Jus XanGo dengan jaminan bahawa jus tersebut tidak mengandungi apa-apa yang haram atau diragui.


Klik di sini untuk melihat perakuan dalam bentuk PDF yang boleh dimuat turun.


Klik di sini untuk melihat perakuan dalam bentuk PDF memindahan terima AJL License

Wednesday, February 27, 2008

Siri Motovasi - XanGo X-Team

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dorongan Untuk Berjaya

Boleh dikatakan semua orang menyimpan hasrat yang kuat untuk berjaya. Sesuatu kejayaan itu tidak akan datang menggolek atau melayang lalu singgah di depan mata. Ianya memerlukan suatu dorongan yang kuat yang akan memacu tindak-tanduk seterusnya. Siapakah yang menjadi pendorongnya? Adakah orang lain atau diri sendiri? Persoalan ini akan kita kupas bersama.

Walaupun demikian, terdapat juga individu yang tidak ambil peduli untuk menjadi orang yang berjaya. Mereka adalah dari golongan orang yang selalu bersikap berpuas hati akan apa yang diperolehinya. Kajian menunjukkan bahawa individu yang berjaya memiliki ciri-ciri psikologi yang berbeza di antara satu sama lain.

Ramai berpendapat bahawa, individu yang berjaya memang telah dilahirkan sebagai orang yang berjaya. Jika inilah anggapannya, maka mereka silap. Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa ciri-ciri individu yang sangat berkehendakkan sesuatu kejayaan seperti di bawah:-

- Sengaja mencari cabaran

- Suka diberi tanggungjawab sebagai pembuat keputusan

- Sentiasa mahukan pengiktirafan untuk lebih berjaya

- Melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab apabila diberi kepercayaan serta
kebebasan untuk berbuat sesuatu

- Cenderong menjadi usahawan

- Memiliki dorongan yang kuat untuk maju dengan daya usaha sendiri

Dimanakah kita boleh temui individu-individu seumpama ini? Mereka adalah ANDA yang terdiri dari golongan pertengahan. Golongan ini lebih kuat berusaha untuk merobah status sosio-ekonomi mereka agar mencapai ke tahap yang lebih tinggi.

Mengapa tidak golongan atasan dan bawahan? Golongan atasan telah mencapai satu tahap di mana mereka merasakan tidak perlu berusaha lebih kuat kerana mereka sudahpun berada di atas. Manakala bagi golongan bawahan, mereka bukannya tidak terdorong untuk menembusi tahap sosio-ekonomi yang lebih baik tetapi keadaan diri mereka yang membuatkan mereka tidak terdorong. Mereka beranggapan adalah mustahil untuk mereka keluar dari kegelapan itu. Ini membuatkan mereka tiada dorongan untuk berjaya. Mereka akan menjadi peminta subsidi, meraih belas kasihan masyarakat kerana itu sudah memadai bagi mereka. Golongan ini memerlukan orang lain yang akan memberi dorongan kepada mereka untuk melangkah ke arah kejayaan. Tanpa dorongan serta bantuan orang lain mereka hanya mampu berangan-angan dan menerima nasib sebagai suatu suratan.

Bagi anda yang tergolong di dalam kelas pertengahan, kaya tak kaya, miskin pun tak miskin gunakanlah kelebihan itu untuk mendorong diri anda untuk berjaya kerana anda menpunyai ciri-ciri untuk berjaya. Sekiranya anda di tahap border di antara golongan bawahan dan pertengahan capailah tangan mereka yang sudi memberi dorongan kerana sesungguhnya anda mampu mengobah diri anda untuk berjaya.

Anda perlu sedar akan kebolehan anda. Berusahalah dengan kuat kerana kejayaan menanti anda di sana....

*************************************************************************************
Siri Motivasi - Apa pendapat ramai?

Coretan oleh: Wan Esma Wan Ahmad
http://ttuyup.wordpress.com/category/motivasi/

PERIBAHASA Melayu mengatakan bahawa ‘masa itu emas’. Manusia yang mengetahui pentingnya masa, dapat menghargai dan menilai kebenaran ini. Ulama amat arif dalam hal ini sehingga mengatakan bahawa masa adalah modal hidup seorang manusia.Antara perkara yang dikenal pasti membuang masa ialah pertama bercakap mengenai perkara yang tidak berfaedah. Mereka yang suka berbual-bual ... Klik URL di atas untuk membaca coretan seterusnya

Coretan Rosliwaty Ramly
http://ttuyup.wordpress.com/category/motivasi/

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) - Setiap tahun, beribu-ribu graduan baru memasuki pasaran kerja. Ini bermakna bermulanya sebuah kehidupan baru untuk mereka yang dijangka mencari pekerjaan dan nafkah hidup.Memikirkan soal kewangan, aspek perancangan teliti amat diperlukan.... Klik URL di atas untuk membaca coretan seterusnya

Coretan Adam Merah
http://ttuyup.wordpress.com/category/motivasi/

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda...Klik URL di atas untuk membaca coretan seterusnya

Powered by: